' tajuk yg tidak menarik langsung' fikir pujah didalam hati.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
"Bahagia mula meresap dalam jiwa."
-The End-
ohaha. dah abis bace 2 novel dlm mase 3 hari ni. 1- Ungu Karmila 2- Mikhail. 2-2 karya sifu Ramlee Awang Mursyid. yeay. stakat ni dah bace sume karya die. coming soon - 9 Nyawa. ouh, x saba. ehee. Ungu Karmila.. agak bosan critenye. vila & bunga yg mistik.. kematian misteri.. rupe2nye ialah tuuuut. eh aik. censored. x bleh bilang. ha3. Mikhail, interesting indeed. kisah seorang lelaki, muncul sarat dgn dendam. konflik membakar jiwa! ha3. over la pulak.
skarang tgh cari jln mane nk dptkn novel JemariSeni. adoyai. dulu ade beli Zahrah de Tigris by Khairyn Othman tp xigt katmane. lupe la pulak. karya die tentang Khairunnisa, seorang wanita yg menjadi sukarelawan di Iraq, berkelana seorang diri, mencari cinta abadi, cinta Rabbul Izzati.
lepas bace [tunas] by Hlovate, jiwa meronta2 nk bace aA+bB, sambungan [tunas]. ouh, Hlovate-sama. novel die mmg menarik. berkisar tentang zaman kehidupan skolah menengah atas. alah, zaman form 4 & form 5. nk tgk ape jd ngan Addin ngan Benz lepas abis skolah. mane nk carik kat terengganu ni. x jompe pon. aaa. aku pon nk terai novel JemariSeni yg lain, tapi mana nak cari haaaaa kat siniii. sapa ada jawapan angkat tangan~!

kenapa aku suka baca novel? entahla. ade sesetengah orang tu baru baca 2-3 muka dah nk muntah. xlarat katenye. ha3. perspektif masing2. bagi aku, novel ni memberi satu kepuasan. penceritaan dlm sesebuah novel tu membawa kita terbang melayang2 kedalam dunia ciptaan penulis tu. entah. ye la tu kot. for me at least. ha3. novel ade byk genre, jgn silap faham. dari yg sejiwang2 sampai seganas2. aku x suka novel jiwang. ia memenatkan dgn romance & cemburu & dengki yg terover2. copp! jgn marah aku peminat novel jiwang. itu pandangan aku. sesiapa pun berhak bagi pandangan, kan? bagi aku, xkisah la genre ape pon(janji bukan jiwang). yg penting isinya menarik. contohnya thriller, mcm sifu Ramlee Awang Mursyid punya novel. novel pasal agama pun sedap jugak. Tautan Hati, Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha. budak SMAASZA uh! bangga2. ha3. Ayat-ayat Cinta pon fuhh. mengancam. walaupun ade unsur2 jiwang, tapi Habiburrahman el-Shirazy berjaya mengetengahkan(betul ke tak eja ni) Islam dari aspek yg menyeluruh. cinta itu bukan sekadar cinta biasa. cinta Rabbul Izzati, cinta agung, yg perlu didambakan setiap hamba-Nya.
jgn salah faham pada novel. seperti benda2 lain, ada baik dan buruknya. sama jugak mcm internet ke, makanan ke, duit ke, yg penting self control tu perlu ada. macam ubat, kalau sikit, dpt merawat, kalau byk, dpt membunuh. jgn pula membuta tuli meletakkan label pada sesuatu perkara mcm yg tuuuuut selalu buat.
jgn kita buat2 pandai pada benda yg memang kita xpandai.
ada yang menganggap novel itu membuang masa. ikut pandai hang lah. aku x larang pun fikir mcm tu. mmg pun. kalau khayal sgt kekadang solat pun lupa. asyik sgt. tp ia boleh dikawal, kan? apa2 pun aktiviti, kalau mmg dh lalok sgt lupe la solatnye. ingat, syaitan sentiasa mengambil peluang untuk menggoda kita. "alah, kekgi la sket," "kejap nanti la," "5 minit lg," bese kedengaran. atas kitalah manusia untuk mengawal diri kita. jadikan akal pembimbing diri. bukan nafsu yg menurut sahaja kehendak sifunya syaitan. kita hidup atas dunia ni, byk dugaan & cabarannya. yg penting perlu fokus dalam matlamat hidup kita.
-Pujah
--yeay! henset baru.